Pages

Isnin, 19 Disember 2011

Katakan Tak Nak, Berfikir Sebelum Bertindak, Anda Mampu Melakukan Tak Nak Merokok

Bahaya Merokok

Merokok memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat.
1   Ibu mengandung yang merokok atau atau terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan,rendah berat badan atau mati dalam kandungan.
 
Selain itu kerosakan gigi juga boleh berlaku kesan dari merokok

 
Adakah anda mahu paru-paru seperti ini?? Katakan Tak Nak Kepada Rokok

2   Kanak-kanak yang kerap terdedah kepada asap rokok akan kerap mengalami batuk, selsema, jangkitan telinga,hidung dan tekak–mengalami perkembangan paru-paru yang lambat–berisiko mendapat serangan asma.

 
Berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal dikemudian hari


Apa Yang Ada Didalam Sebatang Rokok 

Demikian hebatnya asap rokok. Rokok yang dihisap mengeluarkan bahan beracun. Setiap dihisap mengeluarkan bahan beracun. Setiap hembusan mengandungi 4000 kimia termasuk:-Aceton (penanggal cat),Toluidine (pelarut industri)Ammonia (pencuci lantai).Methanol (bahan api roket)Napthalene (ubat gegat)DDT (ubat pembunuh serangga)Butane (minyak lighter)Hydrogen cyanide (gas yang digunakan untuk hukuman bunuh).


Kaedah Berhenti Merokok

1 Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok

2 Yakinkan Diri

3 Buat nota peringatan

4 Katakan pada diri anda "Aku Bukan Perokok"

5 Beri tumpuan

6 Sentiasa berfikiran positif

7 Dapatkan sokongan 

8 Lawan keinginan untuk merokok 

9 Melengah-lengah waktu merokok dan minum banyak air masak

10 Penuhkan aktiviti anda dengan benda2 yang bermanfaat dan menjauhkan diri dari orang yang merokok supaya mengelak ketagihan.


 
Buat aktiviti yang menyeronokan anda dan buang pilihan untuk merokok.Gambar diatas menunjukan bagaimana saya dan rakan-rakan menghilangkan stress dan seterusnya mengawal pengambilan rokok.


11 Menguyah sesuatu seperti gula-gula getah

12 Akhir sekali memohon doa dan bertawakal.


Faedah Berhenti Merokok 

1 Hidup lebih lama

2 Dapat menghindari racun

3 Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak

4 Sihat tubuh badan dan bebas dari penyakit.

Elakkan Merokok Dikawasan Ini

Tadika asuhan, taman kanak-kanak 
-
- Dewan Awam
-
- Kenderaan awam
-
- Tempat makan berhawa dingin
-
- Lif awam
-
- Hentian pengangkutan awam
-
- Hospital/ klinik 
-
- Institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Pos Malaysia
-
- Lapangan terbang
-
- Pusat menbeli -belah
-
- Pusat-pusat hiburan
-
- Kompleks sukan
-
- Institusi pendidikan tinggi
 -
-Sekolah
-
-Pejabat kerajaan.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kempen taknak ,smoking kill seperti duit free melalui  PHOTO CONTEST anda boleh rujuk disini gayahidupsihat.my untuk menjayakan program ini dan menyedarkan masyarakat bahawa bahaya kesan merokok dan seterusnya mengurangkan bilangan perokok tegar terutamanya remaja. Semoga dengan kempen kreatif ini dapat menjayakan hasrat kerajaan untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat terjamin.

  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan