Pages

Sabtu, 18 Februari 2012

Info Menarik Tentang IT

Salam sejahtera semua,maaf kerana lama sangat tak update blog nie..huhu.harap2 semua terus memberi sokongan di blog nie yea..Kali ini saya ingin berkongsi fakta menarik tentang IT

1   "Jangan 'CON' Di Windows
Tanpa disedari bagi pengguna sistem operasi (OS) windows ,mereka tidak dapat menamakan folder ataupun fail dengan tajuk "Con".Ini kerana nama tersebut kononnya telah dikunci oleh windows sebagai nama sebuah peranti.

2.   1TB Lebih Besar Dari Empire State Building
Satu seperti angka yang kecil.Tetapi kapasiti penyimpanan 1 Terabait (1TB) boleh memuatkan dokumen sehingga 16 kali lebih tinggi daripada ketinggian bangunan Empire State Building di New York menarik bukan?

3.   Model Pc Pertama IBM
IBM telah mewujudkan Personal Computer (PC) yang berkonsepkan komputer kegunaan perseorangan pada 1981.IBM PC 5150 adalah model pertama yang bersandarkan pemproses Intel 8088 dengan menggunakan sistem operasi (OS) Microsoft DOS.

4.  Aktif "Berfacebook"
70% pengguna aktif facebook adalah berasal dari luar Amerika Syarikat walaupun pada asalnya ia dihasilkan untuk pelajar di University Harvard.

5.  Kedai Berasaskan Komputer
Dick Heiser telah menjadi individu pertama membuka kedai komputer pada tahun 1975 yang diberi nama "The Computer Store" di California.Kedainya menjual peralatan komputer serta buku dan majalah berkaitan komputer.

6."Pose"8 Jam Depan Kamera
Rancak tengok orang 'pose'di sana, 'pose' di sini sekarang ini.Hanya beberapa detik diperlukan untuk merakamkan memori dengan kamera canggih.Tetapi tahukah anda,kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama 8 jam di depan kamera sebelum gambar dapat dirakamkan.Tentu lenguh hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan