Pages

Sabtu, 18 Februari 2012

Dua Kaedah Teknik Bootable Usb

Salam sejahtera hari ini saya akan berkongsi teknik2 bootable Usb menggunakan 2 kaedah iaitu dengan cara CMD dengan menggunakan software Win Usb Maker 1.3.Apa itu bootable USB kalau tak tahu anda google la k,dan apa pulak kepentingan USB bootable nie berbanding format komputer guna DVD?..haaa ini jawapannya hehe,salah satunya mestilah kepantasan format tue lebih laju berbanding guna DVD dan cara ini jugak lebih sesuai kepada lap top yang tak ada pemancu DVD..Untuk membuat bootable usb pastikan usb anda berkapasiti sekurang-kurangnya 4Gb ok kalau lebih lagi bagus la..ok tanpa bercerita panjang jom ikut steep dibawah untuk buat usb bootable guna cara CMD

ok buka CMD anda...apa tak taw??hmm kalau guna shortcut key tekan key home kemudian tekan R,dia naik kekotak Run ka?dekat situ taip CMD,dah naik kotak berwarna hitam,hehe nie untuk sapa2 yang tak taw nak buka CMD la,ok tak taw lagi cara nak buka CMD guna plak cara nie untuk windows 7 jea la,klik start>All Program>Accessories>Command Prompt.ok..

Lepas tu, dalam cmd, korang taip arahan ni satu per satu:

1. diskpart

2. taip “list disk” dan korang akan dapat lihat semua disks yang terhubung beserta nombor. Memandangkan Admin menggunakan USB drive berkapasiti 16GB untuk tutorial ini, maka nombor bagi list tersebut ialah Disk 2.

3. select disk X (X merupakan nombor USB drive)

4. clean

5. create partition primary

6. select partition 1

7. active

8. format fs=ntfs

9. assign

10. exit

Okey, lepas tu korang copy semua files yang ada dalam DVD @ iso image (sila mount dulu ye) dan paste kan ke dalam USB drive yang baru diprogram tadi.

Apabila dah setel semua ni, korang dah boleh install Windows 7 menggunakan USB drive dengan kelajuan berdesup. Lazimnya, guna cara ni maximum 15 minit dah siap, berbanding menggunakan DVD yang menelan masa 30 minit. 
Pastikan korang ubah setting di BIOS terlebih dahulu untuk boot daripada USB. Kemudian, install Operating System tersebut seperti biasa.

1 ulasan: